Tuesday 29 March 2016

Pesta Buku Utara 2016





Ini kali ketiga saya telah mengunjungi pesta buku selama belajar di UUM. Pesta buku yang diadakan pada kali ini amat meriah.hal ini kerana pesta buku turut diadakan sekali dengan pc fair. Ini merupakan peluang saya sebagai seorang pelajar untuk menggunakan baucer buku 1 malaysia yang telah saya dapat dengan  baik. Barang-barang yang telah saya beli untuk menghabiskan baucer buku adalah buku ilmiah, buku agama, ink untuk printer dan juga kertas A4. Di pesta buku utara terdapat banyak jenis buku ilmiah yang boleh didapati oleh semua pelajar. Pada sepanjang minggu pesta buku dan pc fair ini diadakan, ramai pelajar telah hadir mengunjunginya dan telah menggunakan baucer buku dengan baiknya. Saya amat gembira dan bersyukur dengan pesta buku kali ini dan berharap agar pesta buku ini akan diadakan sekali dengan pc fair. Sekian